Dasar Privasi

Panasonic Appliances Air-Conditioning (M) Sdn. Bhd (dirujukan sebagai “Panasonic”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Dasar Privasi ini (bersama dengan Terma-terma Penggunaan) menerangkan amalan privasi Panasonic dan pilihan anda mengenai cara maklumat anda dikumpul melalui laman web kami : www.panasonicproclub.global (“Laman Web”), dan bagaimana maklumat tersebut akan diproses oleh kami mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("PDPA"). Sila memberi perhatian bahawa kami mungkin meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu anda mengenai sebarang pemindaan sebegitu melalui laman web atau e-mel.


1. Pengumpulan dan Penggunaan


1.1 Jenis Maklumat Peribadi


Untuk mengakses laman web ini, pengguna perlu membekal dan mendaftar maklumat peribadi dan / atau maklumat perniagaan dengan Panasonic. Maklumat peribadi bermaksud data peribadi seperti yang ditakrifkan di bawah PDPA dan merujuk kepada maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung mengenai individu atau seseorang individu yang boleh dikenal pasti melalui maklumat tersebut.
Maklumat peribadi dan / atau maklumat perniagaan seperti Nama anda, Nama Syarikat, Nombor Syarikat, Rujukan Pelanggan Panasonic, Alamat Perniagaan, Perniagaan / Maklumat perhubungan peribadi, e-mel Perniagaan, Jawatan, Pengesanan Lokasi / Sistem Kedudukan Global (GPS), keutamaan perniagaan anda akan diperolehi oleh kami semasa anda menyerahkan Borang "Create My Account", mendaftar untuk menerima surat berita atau maklumat produk kami, mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pemasaran, mengemukakan soalan atau memberi maklum balas atau sebaliknya hubungi kami atau meminta maklumat daripada kami, menjalankan transaksi melalui laman Web dan / atau dikumpul melalui statistik web yang tidak dapat dikesan semasa anda melayari laman web ini.

Bagi aktiviti-aktiviti tertentu seperti aktiviti pemasaran atau promosi, kami memberi anda peluang untuk mengikut serta (opt-in) dan memilih keluar (opt-out) daripada menerima maklumat pemasaran atau promosi pada bila-bila masa. Anda boleh memilih untuk keluar atau memilih "unsubscribe" seperti yang dibekalkan dalam e-mel Panasonic atau anda boleh menghubungi Panasonic di butir-butir yang diberikan di Seksyen 5 di bawah.

1.2 Maklumat Peribadi Yang Wajib


Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang berkaitan yang ditandakan dengan * adalah wajib untuk dibekalkan oleh anda melainkan yang dinyatakan sebaliknya.
Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat wajib tersebut, kami tidak dapat melengkapkan proses pendaftaran atau memproses permintaan anda dan / atau memberi perkhidmatan yang berkaitan.

2. Tujuan


Kami akan menggunakan maklumat yang kami kumpul untuk pemprosesan selanjutnya seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk memberi kesan kepada yang berikut:
• untuk menyedia, mengekal, melindungi, memantau penggunaan, mengukur dan meningkatkan perkhidmatan kami dan Laman Web kami, dan membangunkan perkhidmatan baru, kandungan dan pengiklanan;
• membolehkan anda untuk mengambil bahagian dalam ciri interaktif laman web kami, apabila anda memilih untuk membuat demikian;
• untuk melaksanakan aktiviti pembangunan strategik dan pemasaran (termasuk latihan) di mana anda telah bersetuju untuk dihubungi oleh kami bagi tujuan tersebut, terutamanya (i) untuk menghantar tawaran dan berita mengenai produk, perkhidmatan, acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan perdagangan pemasaran Panasonic dan maklumat komersial daripada syarikat sekutu yang berkaitan dan rakan niaga terpilih, yang mana kami rasa mungkin akan menarik minat anda (ii) untuk memberitahu anda tentang latihan yang akan datang (iii) untuk menghantar surat berita Panasonic;
• untuk melakukan analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan Pengguna;
• untuk mengendali dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan perkhidmatan, promosi, acara dan / atau latihan kami;
• untuk memproses perkhidmatan atas permintaan anda;
• untuk mentadbir dan memberi kesan kepada transaksi komersial anda;
• untuk memastikan kandungan laman web kami dipaparkan dengan berkesan di computer dan / atau peranti anda;
• untuk pengurusan rekod dalaman Panasonic, acara dan aktiviti Pengguna dan program ganjaran kesetiaan Pengguna (jika berkaitan);
• untuk mencegah kegiatan berpotensi yang dilarang atau menyalahi undang-undang dan / atau untuk menguatkuasakan Terma-terma Penggunaan;
• untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan keselamatan;
• untuk mematuhi tanggungjawab yang terdapat di peraturan dan undang-undang Panasonic dalam menjalankan perniagaan;
• untuk memindah, menyimpan dan memproses maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda di destinasi merentasi sempadan antarabangsa, seperti yang diperlukan untuk pemprosesan mengikut tahap amalan perniagaan Panasonic. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, anda bersetuju untuk pemindahan, penyimpanan atau pemprosesan tersebut.

3. Pendedahan

 


3.1 Entiti-entiti Dalam Panasonic


Maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada kami akan diproses oleh entiti (dalam atau luar Malaysia) antara Panasonic (termasuk syarikat-syarikat berkaitan, subsidiary, syarikat-syarikat induk, syarikat-syarikat bersekutu dan rakan-rakan kongsi penyumberan luar).
Panasonic akan memastikan bahawa:
(i) akses ke maklumat peribadi anda terhad kepada kakitangan yang perlu memproses maklumat peribadi anda mengikut keperluan tugas mereka masing-masing; dan
(ii) hanya maklumat yang berkaitan didedahkan kepada perkerja berkenaan.


3.2 Kelas Pihak Ketiga


Maklumat peribadi anda akan didedahkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang, untuk menurut terma-terma kontrak yang berkenaan (sebagai contoh, dimana kami melantik pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau bagi tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di atas (atau secara langsung berkaitan dengan tujuan-tujuan tersebut). Maklumat peribadi anda akan didedahkan kepada kelas pihak ketiga berikut:
• Pihak-pihak ketiga yang dilantik untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti bank dan insitusi kewangan, vendor software, juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, penasihat professional, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat percetakan, panganjur persidangan / latihan / acara, penasihat lain, dan syarikat insuran);
• Rakan-rakan niaga atau afiliasi kami yang mungkin turut serta untuk membekalkan perkhidmatan atas permintaan anda;
• Agensi-agansi penguatkuasa undang-undang termasuk polis tempatan; dan
• Pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa kanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri yang berkaitan.
Sekiranya berlaku sebarang jualan perniagaan yang berpotensi, sama ada dicadangkan atau sebenar, pelupusan, pengambilalihan, percantuman atau penyusunan semula ("Transaksi"), maklumat peribadi anda dikehendaki untuk didedahkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga akibat daripada Transaksi tersebut. Anda dengan ini mengakui bahawa pendedahan dan pemindahan tersebut boleh berlaku dan membenarkan Panasonic untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak berkenaan dan penasihat / wakilnya.
Jika kami menggunakan maklumat ini dalam cara yang berbeza dengan tujuan pengumpulan maklumat, maka kami akan meminta kebenaran anda sebelum penggunaan tersebut.

4. Keselamatan, Pengekalan dan Laman Web


4.1 Keselamatan


Panasonic akan menjalankan usaha yang munasabah dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengekal dan meningkatkan keselamatan bagi memastikan maklumat peribadi diuruskan dengan selamat dan melindunginya daripada sebarang akses tanpa kebenaran atau perubahan yang tidak dibenarkan, pendedahan atau pemusnahan data.


4.2 Pengekalan


Panasonic tidak akan menyimpan informasi peribadi lebih lama daripada yang diperlukan.


4.3 Laman Web


(a) Cookies
Panasonic mengumpul Data Peribadi secara automatik melalui penggunaan cookies. Cookies adalah fail teks kecil yang membuat nota mengenai tabiat melayari Internet dan dipasang di komputer anda atau peranti mudah alih. Ini bermakna bahawa anda boleh diiktiraf, sebagai contoh, melayari Internet dengan mudah dan juga pembelian dipermudahkan, misalnya, dengan mengelakkan keperluan untuk mencatat masuk berulang kali dan mempapar iklan yang berkaitan. Terdapat beberapa jenis cookies yang berbeza, bergantung kepada tujuan tertentu. Panasonic menggunakan cookies berikut di Laman Web kami:

 

• Microsoft Edge-- https://support.microsoft.com/en-us/topic/delete-and-manage-cookies-168dab11-0753-043d-7c16-ede5947fc64d
• Microsoft Edge-- https://support.microsoft.com/en-us/microsoft-edge/delete-cookies-in-microsoft-edge-63947406-40ac-c3b8-57b9-2a946a29ae09
• Firefox-- https://support.mozilla.org/en-US/kb/clear-cookies-and-site-data-firefox
• Chrome--https://support.google.com/chrome/answer/95647?co=GENIE.Platform%3DDesktop&hl=en

 


Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menyekat semua cookies, anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian daripada laman web kami. Jika anda meneruskan lawatan anda ke laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies kami. Anda juga boleh mengeluarkan cookies yang sedia ada dari komputer anda.
(b) Pautan Ke Laman Web Lain
Pautan ke laman web lain dibekalkan bagi kemudahan dan informasi anda. Laman web lain mungkin mempunyai kenyataan privasi mereka sendiri, kami bercadang bahawa anda membuat penyemakan sekiranya anda melawat atau menggunakan sebarang laman web tersebut.
(c) Aplikasi Mengesan Lokasi
Aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak akan menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada membekal sebarang perkhidmatan atas permintaan anda. Fungsi pengesanan lokasi ini adalah ‘mengikut serta’ dan anda mempunyai kawalan ke atas penyertaan anda dan boleh menutup atau menyahpasangkan perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa.
Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) yang membantu kami untuk memberi layanan yang lebih baik kepada anda melalui produk, perkhidmatan dan semakan kepada aplikasi mudah alih. Maklumat yang dikumpulkan ini tidak akan mengenal pasti identiti anda kepada kami. Walau bagaimanapun, ia membolehkan kami untuk mengetahui perkhidmatan dan fungsi yang paling kerap digunakan oleh anda dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa yang dimuat turun.

5. Akses dan Pembetulan


5.1 Anda mempunyai hak untuk akses kepada dan membetulkan maklumat peribadi anda, jika ia tidak tepat, atau memadam maklumat peribadi tersebut, dan menghadkan atau membantah dengan pemprosesan maklumat peribadi anda.


5.2 Anda boleh melihat, membetulkan, meminda atau mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dari tetapan di laman web di bawah 'My Account'.


5.3 Anda boleh membatalkan kebenaran anda atau menghentikan langganan daripada e-mel yang dihantar kepada anda dengan mengikuti pautan 'unsubscribe' dan / atau arahan di bahagian bawah maklumat pemasaran yang dihantar kepada anda, atau menghubungi kami di info.my@panasonicproclub.global pada bila-bila masa. Panasonic akan berusaha untuk bertindak balas terhadap permintaan anda secepat mungkin.


5.4 Anda boleh menghubungi kami untuk menghadkan pemprosesan maklumat peribadi anda, untuk sebarang pertanyaan atau aduan lanjut sila hubungi kami di: -
Alamat E-mel: info.my@panasonicproclub.global


5.5 Sila memberi perhatian bahawa sebarang bentuk komunikasi yang dihantar ke laman web ini, sama ada idea, cadangan atau mana-mana e-mel yang lain, akan dianggap sebagai tidak sulit dan tidak dimiliki.

Nota: Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Dasar Privasi ini dalam bahasa Malaysia dengan Dasar Privasi dalam Bahasa Inggeris yang sepadan dengannya, terma-terma Dasar Privasi dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


Hak Cipta @ 2015 Panasonic Appliances Air-Conditioning (M) Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara.